Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-05-23 15:14:01    
Perkembangan Perusahaan Perabot China Mulai Selaras dengan Globalisasi Pasaran

Agensi Berita Xinhua China

Sekatan antilambakan yang dilaksanakan oleh A.S. terhadap perabot eksport China menyebabkan pembaharuan perlu dilaksanakan dalam pengeluaran dan penjualan perabot China iaitu cara pengeluaran ditukar daripada pemprosesan ke pengeluaran perabot berjenama, penjualan perabot tesebut juga perlu selaras dengan globalisasi pasaran. Demikian dimaklumkan kepada wartawan dalam Pameran Perabot Ternama Antarabangsa yang ditutup baru-baru ini.

Sebanyak lebih 500 perusahaan perabot utama China telah menyertai pameran kali ini. 80% perabot dalam pameran tersebut dikeluarkan di China, ini mencerminkan pengusaha perabot China telah mengambil tindakan menghadapi antilambakan A.S. untuk menentukan arah perkembangan perusahaan perabot China. Presiden Persatuan Perusahaan Perabot dan Perhiasan Antarabangsa Hong Kong encik Chen Min menyatakan, "Banyak perusahaan di Tanah Besar China tidak menghiraukan ancaman pasaran antarabangsa, mengeluarkan perabot perusahaan mereka berdasarkan rekaan sendiri, ini menyebabkan jumlah pembelian pedagang asing dalam pameran kali ini jauh lebih banyak daripada pameran lalu."

Ramai pembeli perabot antarabangsa berpendapat, pengusaha China telah meningkatkan eksport perabot berjenama baru dan berkualiti tinggi, ini bermakna pengeluaran perusahaan perabot China mulai selaras dengan globalisasi pasaran.

Perusahaan perabot China berkembang pesat sejak pertengahan tahun1990-an, eksport perabot telah meningkat 30% setiap tahun. Pada tahun 2003, jumlah eksport perabot China melebihi lima bilion dolar Amerika. China menjadi negara pengeksport perabot kedua terbesar di dunia selepas Itali. Akan tetapi, model perabot tersebut dibuat berdasarkan bentuk yang disediakan oleh penjual. Walaupun perabot tersebut dikeluarkan di China, akan tetapi, jenama perabot tersebut dimiliki oleh perusahaan negara lain. Disamping itu, disebabkan pengusaha China kurang pengetahuan tentang keperluan pasaran, bahan dan teknik, sehingga banyak perabot yang dikeluarkan yang kosnya rendah tidak berjaya bersaing diperingkat antarabangsa.

Setelah mengalami antilambakan A.S., pengusaha perabot China mulai mengambil tindakan untuk mengatasi masalah yang dihadapi itu. Dalam Pameran Perabot Ternama Antarabangsa yang diadakan di Dongguan, Provinsi Guangdong tersebut, kebanyakan perabot direka bersama oleh pereka China dengan negara lain, menggabungkan teknik tradisional China dengan fasyen antarabangsa dan menetapkan harga yang berpatutan. Perabot tersebut mula menarik perhatian ramai pembeli asing, antaranya seorang pembeli dari A.S. telah menempah perabot lebih 200 kontena. Berdasarkan maklumat, pemborong perabot antarabangsa yang melawat pameran kali ini yang berjumlah 12 ribu orang. Angka itu paling banyak dalam sejarah pameran tersebut.

Pada tahun ini, China akan membatalkan semua halangan terhadap perabot import untuk menunaikan janjinya yang dibuat semasa menganggotai WTO. Dalam pameran kali ini, kerjasama antara perusahaan perabot China dengan luar negara mencapai kemajuan yang besar untuk mewujudkan globalisasi pasaran pengeluaran dan penjualan perabot. Semakin banyak perusahaan asing, khususnya perusahaan dan penjual dari Eropah memasuki pasaran China. Pada masa dahulu, hanya terdapat sebuah perusahaan Jerman sahaja menyertai pameran antarabangsa tersebut, akan tetapi kini terdapat lapan perusahaan Jerman menyertai pameran kali ini, sehingga jumlah import perabot Jerman ke China meningkat 30% pada tahun ini.

----Ching