Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-05-23 15:17:12    
"Perubatan Kerjasama" Bermanfaat bagi Kaum Tani di Provinsi Henan China

CRI

Liu Chongmei, petani di Kaunti Huojia Provinsi Henan China telah dirawat di hospital dengan biaya rawatan sebanyak 15 ribu Yuan RMB. Setelah keluar dari hospital itu, beliau menerima wang bantuan sebanyak 5000 Yuan. Liu Chongmei menyatakan, "Biaya rawatan dan bayaran wad di hospital itu boleh dibayar balik oleh kerajaan, ini pertama kali berlaku dalam sejarah kaum tani di China." Sejak bulan September 2003, seramai 11.58 juta petani telah menyertai perubatan kerjasama desa yang baru di Provinsi Henan, konsep perubatan kerjasama itu bermanfaat bagi menyelesiakan masalah mereka.

Xinxiang merupakan satu-satunya bandar yang melaksanakan percubaan perubatan kerjasama desa di kawasan barat bahagian tengah provinsi itu, 77% petani telah menyertai perubatan kerjasama tersebut. Setiausaha Jawatankuasa Bandar Xinxiang Pusat Parti Komunis China encik Lian Weiliang menyatakan, "Biaya perubatan merupakan perbelanjaan yang besar bagi kaum tani. Di kebanyakan tempat, mengidap penyakit merupakan faktor utama yang menyebabkan kaum tani menjadi miskin, sehubungan dengan itu, menyelesaikan masalah perubatan merupakan misi penting Jawatankuasa pelbagai peringkat Parti Komunis China dan kerajaan pelbagai peringkat."

Kaum tani di Kaunti Xinxiang dan Kaunti Hui memuji sistem perubatan kerjasama itu seperti berikut, "Menyumbang satu yuan sebulan, menyertai perubatan kerjasama sepanjang tahun, kita bekerjasama dengan kerajaan mewujudkan masyarakat kaya bersama-sama." Konsep baru mengumpul modal itu membolehkan tabung perubatan kerjasama berjaya dibentuk dan dilaksanakan. Kaum tani yang mendapat faedah daripada kerjasama itu menyatakan, usaha yang bermanfaat bagi kaum tani ini dilaksanakan oleh kerajaan setelah membatalkan cukai pertanian.

Naib Ketua Pengarah Jabatan Kesihatan Bandar Xinxiang Xu Guangyou menyatakan, perubatan kerjasama desa mula dilaksanakan pada masa awal penubuhan Republik Rakyat China baru, usaha itu gagal dilaksanakan disebabkan kerajaan tidak menyedikan peruntukan pada masa itu. Dalam konsep perubatan kerjasama desa yang baru itu, 30 Yuan RMB yang disediakan kepada seorang peserta setiap setahun, 10 Yuan merupakan bantuan kewangan kerajaan pusat, 10 Yuan merupakan bantuan kewangan kerajaan tempatan dan 10 Yuan disumbangkan oleh kaum tani sendiri.

Pada masa dahulu, kaum tani menghadapi kesukaran untuk mendapatkan rawatan. Akan tetapi, sejak perubatan kerjasama desa yang baru dilaksanakan, lebih 70 ribu petani yang mengidap penyakit kronik di bandar Xinxiang mendapat rawatan dan wang bantuan dengan segera. Liu Jiangqing Petani di Kaunti Changtan yang mengidap penyakit sejak lapan tahun yang lalu menyatakan beliau tidak mampu membiaya kos rawatan di hospital. Setelah perubatan kerjasama desa baru dilaksanakan, pada bulan Mei tahun 2004, beliau menjalani pembedahan di hospital dan tumor dalam rongga dadanya berjaya dibuang, selain itu beliau juga mendapat wang bantuan lebih seribu Yuan RMB.

Naib Datuk Bandar Xinxiang Yang Shuting menyatakan, pelaksanaan perubatan kerjasama desa baru itu bukan sahaja menyediakan wang bantuan kepada kaum tani, tetapi juga membentuk mekanisme yang mudah dan cekap untuk menyediakan perkhidmatan perubatan yang berkualiti tinggi kepada mereka. Pada masa ini, kaum tani yang menyertai perubatan kerjasama desa baru boleh memilih hospital yang ditetapkan untuk mendapat rawatan. Untuk menjamin kualiti perkhidmatan, kerajaan bandar Xinxiang juga melaksanakan pemeriksaan terhadap hospital tersebut, mendakwa hospital yang menyediakan perkhidmatan yang tidak mencapai standard.

----Ching