Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-05-23 13:49:07    
Sebuah Kumpulan Militan Dikesan di Malaysia

CRI

Menurut berita BERNAMA, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri Malaysia telah mengesan kegiatan sebuah kumpulan "militan" mirip Kumpulan Militan Malaysia (KMM) dan Jemaah Islamiah (JI) yang sedang bergerak aktif di negara ini.

Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Malaysia Datuk Noh Omar berkata anggota-anggota kumpulan itu telah dikenalpasti dan kegiatan mereka sedang diteliti.

"Ada satu (kes) yang sampai kepada KDN dan sedang dikaji dengan teliti..tapi tak boleh bagi tahu sekarang nanti semua tahu," katanya kepada pemberita selepas perasmian Karnival Belia Sungai Siput Ahad.

Noh berkata demikian apabila ditanya sama ada terdapat lagi kumpulan yang mengancam keselamatan negara seperti KMM atau JI sejak dua kumpulan itu dibanteras oleh pihak berkuasa.

Ditanya tentang saiz kumpulan itu dan rangkaiannya, Noh enggan menggulas lanjut dan berkata perkara itu dalam siasatan.

Sementara itu, mengenai laporan kumpulan al-Arqam adalah antara 24 kumpulan ajaran sesat yang sedang bergerak aktif di seluruh negara, beliau berkata polis akan bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan majlis-majlis agama negeri bagi memantau kegiatan mereka.