Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-05-23 17:02:26    
Kuih-muih Tradisional Nanning Semakin Popular

Agensi Berita China
Di bandar Nanning, ibu kota Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi di bahagian barat daya China, terdapat banyak jenis makanan ringan dijual di tepi jalan dan lorong antaranya Kuih Lunjiao, Kuih Talas, Madagun, Nuomiji dan lain-lain. Penduduk tua di Nanning amat suka makanan ringan tersebut.

Penduduk Nanning biasanya mengetahui semua nama kuih-muih tradisional di kampung halaman mereka. Nenek Huang yang berumur 65 tahun berkata, "Waktu kecil, kami selalu makan Diam Sam tradisional yang sedap itu, dan pada masa dahulu, hampir semua keluarga pandai memasak kuih-muih seumpama itu." Waktu muda, Nenek Huang mempelajari kemahiran memasak kuih-muih tradisional Nanning dari ibunya, dan pandai memasak Kuih Sha dan Madagun.

Berdasarkan catatan sejarah, kuih-muih tradisional Nanning dihasilkan pada zaman Dinasti Ming dan Dinasiti Qing iaitu kira-kira 600 tahun yang lalu.

Nenek Huang memaklumkan bahawa kebanyakan wanita di Nanning yang segenerasi dengannya mempelajari kemahiran membuat kuih tradisional daripada generasi sebelum mereka dan mereka juga mengajar generasi baru tentang kemahiran tersebut. Kepakaran generasi Nenek Huang memasak kuih-nuih tersebut diiktiraf oleh ramai tukang masak di restoran besar kerana mereka tidak dapat memasak kuih-muih tradisional yang begitu sedap rasanya.

Pada beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat banyak kedai kuih barat dibuka di bandar Nanning. Tetapi perniagaan tersebut tidak mempengaruhi menu penduduk Nanning bersarapan pagi iaitu "satu teko, dua pingan", seteko teh, satu pingan bacang dan satu pingan Baozi.

Baik sebagai sarapan pagi atau sebagai makanan ringan, penduduk Nanning mempunyai perasaan yang mendalam terhadap Diam Sam tradisional yang bersejarah lama.

Di tempat yang tidak jauh dari Kedai Kuih Barat "Yipinxuan" di jalan Xinyang, bandar Nanning, terdapat sebuah kedai Diam Sam tradisional yang menjual kuih labu dan keladi talas. Pemilik kedai itu adalah seorang wanita yang berumur lebih 50 tahun. Setiap hari, beliau sibuk melayani ramai pelanggan yang berkunjung kedainya.

Diam Sam tradisional Nanning bukan sahaja laris dijual di tepi jalan dan lorong, tetapi juga beransur-ansur dijual di restoran, kedai teh dan pusat membeli-belah, dan merupakan menu pilihan yang popular dalam jamuan atau hadiah yang sering diberi kepada rakan.

"Madagun" yang dimasak oleh tukang masak di Hotel Nanfang pernah memenangi anugerah "Makanan Ringan Terkenal Guangxi Kelas A". Ramai pelancong dari tempat lain berturut-turut datang ke hotel tersebut untuk mencuba "Madagun" tersebut.

Di sebuah pusat membeli belah di bandar Nanning, wartawan Agensi Berita China mendapati bahawa kuih-muih istimewa Nanning jenama "Shuijie" yang baru diletakkan di meja jualan, kebanyakannya laris dan cepat habis dijual. Cik Chen, jurujual di pusat membeli-belah tersebut berkata, disebabkan Diam Sam tradisional rasanya sedap dan harganya murah, menyebabkan kuil-muih itu mendapat sambutan baik penduduk Nanning dan laris dijual setiap hari.

Encik Tan, seorang pelajar China yang melanjutkan pelajaran di Britain, tinggal di Jalan Minzu Nanning. Beliau memberitahu wartawan Agensi Berita China bahawa sewaktu belajar di Britain, beliau selalu makan Hamburg yang dimasak sendiri dan sudah bosan sekarang. Beliau sering merindui makanan ringan tradisional yang dihasilkan di kampung halamannya misalnya Kuih Talas, Kuih Waluh dan lain lain. Beliau berkata, jika dapat bercuti di tanah air tahun ini, beliau pasti akan menikmati makanan ringan tradisional itu sekenyang-kenyangnya.

----AZMI