Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-05-23 19:15:46    
China akan Cepatkan Pembangunan Komersial Komuniti Bandar

CRI

Menurut berita CRI, pegawai Jabatan Pembaharuan Komersial Kementerian Perdagangan China memaklumkan di Beijing hari ini bahawa China akan mempercepat langkah pembangunan kommersial di kawasan komuniti bandar agar dapat membentuk jaringan perkhidmatan komuniti yang boleh memenuhi keperluan penggunaan kehidupan asas penduduk di lebih 160 bandar yang penduduknya melebihi sejuta orang dalam tempoh 3 hingga 5 tahun yang akan datang.

Dimaklumkan bahawa Kementerian Perdagangan China akan memandu pelbagai bandar menetapkan perancangan komersial komuniti, menggalakkan perusahaan berangkaian yang kuat menyertai pembangunan komersial di kawasan komuniti dan membuka pusat membeli-belah, kedai barangan keharian, kedai sayur, restoran dan kedai dobi di kawasan komuniti