|
Menurut berita CRI, Kementerian Komunikasi China memaklumkan hari ini, mulai dari tahun ini, China akan menetapkan 11 Julai setiap tahun sebagai Hari Pelayaran China.

11 Julai tahun ini ialah hari ulang tahun ke-600 pelayar China Cheng Ho mengadakan pelayaran jauh.
Dimaklumkan, mulai tahun ini, pada setiap Hari Pelayaran China kerajaan akan mengadakan pelbagai aktiviti, memaklumkan pengetahuan tentang pelayaran kepada rakyat China, mendorong perkembangan usaha pelayaran dan lautan.
|