Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-05-24 10:42:24    
Provinsi Qinghai Cegah Perebakan Selesema Burung

Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, setelah disahkan burung-burung di kawasan Kaunti Gangcha Provinsi Qinghai China dijangkiti selesema burung, kerajaan provinsi itu mengambil pelbagai tindakan antaranya mengkuarantin kawasan yang dikesan berlaku wabak itu, menyuntik vaksin terhadap ayam dan itek yang diternak di sekitar kawasan itu, mencegah penyakit berjangkit itu merebak.

Selain itu, jabatan Kementerian Kesihatan juga melaksanakan penyeliaan dan pencegahan terhadap kakitangan yang bertugas mengawal perebakan selesema burung dan memantau kesihatan penduduk tempatan, meningkatkan penerangan pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit itu.

Pada masa ini, pelbagai tindakan pencegahan dan kawalan sedang dilaksanakan di Provinsi Qinghai. Setakat 23 Mei, masih belum dikesan ayam dan itek yang diternak dan penduduk dijangkiti selesema burung.