Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-05-26 13:19:27    
Beijing Selenggarakan Piala Sudirman Tingkatkan Pengalaman Jayakan Sukan Olimpik 2008

CRI

Selepas Sukan Olimpik Athens berakhir, semua peminat sukan di seluruh dunia menumpukan perhatian terhadap Sukan Olimpik Beijing 2008. Pertandingan badminton acara beregu campuran, perseorangan lelaki dan wanita dan beregu lelaki Piala Sudirman yang diadakan pada bulan Mei merupakan temasya sukan bertaraf dunia yang diselenggarakan oleh Beijing dalam tempoh membuat persiapan menjayakan Sukan Olimpik 2008. Oleh itu, Beijing berharap meningkatkan pengalaman menjayakan Sukan Olimpik Beijing 2008.

Pertandingan itu telah diadakan di Beijing pada 10 hingga 15 Mei lepas. Pertandingan tersebut menarik perhatian lebih 500 pihak media daripada seluruh dunia, seramai 80 orang wartawan di luar negara melaporkan pertandingan tersebut. Sebelum pertandingan itu diadakan, Naib Menteri Jabatan Pentadbiran Am Sukan Negara China Encik Duan Shijie menegaskan pentingnya pertandingan tersebut diadakan, beliau berkata, "Piala Sudirman kali ini merupakan salah satu pertandingan penting yang diselenggarakan oleh Beijing dalam tempoh membuat persiapan Sukan Olimpik Beijing 2008. Kami sudah mula merancang dan membuat persiapan pelbagai pertandingan Sukan Olimpik Beijing 2008. Oleh itu, saya berpendapat kami boleh meningkatkan pengalaman melalui penganjuran pertandingan kali ini untuk menjayakan Sukan Olimpik 2008."

Dalam penganjuran Piala Sudirman kali ini terdapat beberapa keistimewaan. Pertama perkhidmatan telekomunikasi memenuhi keperluan pelbagai pihak media luar negara. Pihak penganjur memperuntukkan 100 ribu Yuan, para wartawan boleh menikmati capaian internet jalur lebar. Wartawan laman web rasmi Persekutuan Badminton Antarabangsa Raphael Sachetat pernah melaporkan beberapa pertandingan antarabangsa, beliau menyanjung tinggi penganjuran pertandingan Piala Sudirman kali ini. Beliau berkata, "Pada keseluruhanya, perkhidmatan telekomunikasi yang disediakan sangat bagus, setiap wartawan dan jurugambar boleh melayari internet pada masa yang sama. Kakitangan bersikap mesra, mereka boleh bertutur bahasa Inggeris. Saya berasa sangat gembira. Saya pernah ke Athens, saya berasa kemudahan perkhidmatan jalur lebar di sini sangat cepat."

Selain memberi perkhidmatan yang baik kepada pihak media, pihak penganjur juga sangat mementingkan perkhidmatan yang baik kepada para peserta Walaupun hanya seramai 400 orang pemain badminton menyertai pertandingan Piala Sudirman kali ini dan lebih kecil berbanding skop sukan Olimpik, tetapi pihak penganjur berharap mempelajari pengalaman melalui penganjuran pertandingan kali ini. Mereka memberi perkhidmatan yang sempurna dalam pelbagai bidang. Pemain pasukan Denmark Martin Lundgarrd Hansen berkata, "Saya berasa sangat gembira menyertai pertandingan ini, kami mendapat perkhidmatan yang baik dalam pelbagai bidang seperti gelanggang latihan. Saya berpendapat pihak penganjur membuat persiapan yang baik."

Dalam penganjuran pertandingan kali ini, pihak penganjur juga mendapati beberapa perkara yang harus diperbaiki. Antaranyan ada wartawan menyatakan dalam sidang akhbar yang diadakan tidak disediakan kenyataan bertulis. Dalam tempoh tiga tahun akan datang, Beijing akan menganjurkan puluhan pertandingan antarabangsa untuk meningkatkan pengalaman. Kami percaya China pasti akan berjaya menyelenggarakan Sukan Olimpik Beijing 2008.