Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-05-25 13:28:02    
Strategi Perkembangan secara Berterusan Hong Kong Pertama Dilancar

Agensi Berita Xinhua China

Kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong telah melancarkan "Strategi Perkembangan secara Berterusan" semalam. Pemangku Ketua Eksekutif Hong Kong, Donald Tsang Yam-kuen dalam majlis pelancaran itu menyatakan, penetapan strategi itu menandakan permulaan yang baik dan akan menjamin Hong Kong mencapai matlamat yang menjadi sebuah bandar yang dapat didiami oleh semua penduduk termasuk generasi ini dan generasi akan datang.

Pelan Strategi Perkembangan secara Berterusan itu telah menggariskan 15 langkah utama dalam tiga aspek termasuk pentadbiran sampah pepejal, sumber tenaga yang boleh dikitar semula serta ruang kehidupan di bandar. Antara 15 langkah itu termasuk memperkenalkan rancangan bertanggungjawab terhadap hasil keluaran dan tindakan-tindakan kewangan seperti mengutip cukai perlindungan alam sekitar, melaksanakan dengan giat prinsip membayar untuk pencemaran, mengkaji pengutipan wang pemprosesan sampah pepejal, memasang kemudahan mengitar semula sumber tenaga dalam bangunan kerajaan dan awam yang besar serta mengkaji mengubahsuai reka bentuk bangunan.

Dimaklumkan, pada tahun 2004, sampah pepejal yang dibuang di bandar Hong Kong putara setiap orang telah mencatat 1.36 kilogram. Sampah pepejal itu boleh mengisi penuh lebih tiga kolam renang yang sesuai standard Sukan Olimpik. Tempat untuk memproses sampah di Hong Kong akan habis diguna dalam jangka masa enam hingga sepuluh tahun akan datang.

Pada tahun 2004, Jawatankuasa Perkembangan secara Berterusan kerajaan Hong Kong telah mengumpulkan pendapat penduduk mengenai tiga aspek tersebut. Selepas perundingan dan perbincangan selama lima bulan, jawatankuasa itu telah mengeluarkan laporan yang bertajuk: Membuat Pilihan untuk Masa Depan Kita. Strategi Perkembangan secara Berterusan adalah merupakan cetak biru yang dihasilkan oleh kerajaan Hong Kong selepas mempertimbangkan cadangan jawatankuasa itu.

Dimaklumkan, Strategi Perkembangan secara Beterusan akan terus dibincangkan dalam masa depan dan juga akan dipinda jika perlu.