|
Forum Antarabangsa untuk Cegah dan Kurangkan Bencana di Bandar China yang berlangsung selama dua hari telah diadakan di Beijing semalam. Pegawai pelbagai badan kerajaan China dalam forum itu menyatakan, pada beberapa tahun kebelakangan ini, kemudahan asas untuk mencegah dan mengurangkan bencana telah ditingkatkan dan pada masa ini, sistem menangani kejadian kecemasan akibat bencana alam termasuk laporan keadaan bencana, ramalan awal dan bantuan penyelamatan mangsa bencana telah ditubuhkan.
China merupakan sebuah negara yang sering berlaku bencana alam. Bencana alam seperti banjir, tanah runtuh dan gempa bumi banyak berlaku di China setiap tahun. Oleh sebab itu, kerajaan China sentiasa menaruh perhatian terhadap kerja mencegah dan mengurangkan bencana dan telah mengambil pelbagai tindakan untuk menjayakan usaha itu.
Ketua Pengarah Pusat Pengurangan Bencana Negara China, encik Wang Zhenyao semasa menghadiri forum itu berkata,
Pada tahun-tahun kebelakangan ini, kerajaan China telah menyempurnakan sistem laporan keadaan bencana Kementerian Hal-ehwal Awam. Laporan tentang keadaan bencana boleh dimaklumkan oleh kerajaan tempatan kepada kerajaan pusat dalam masa dua jam. Manakala, sistem pemantauan bencana selama 24 jam juga telah ditubuhkan. Selain itu, China juga telah menubuhkan sistem ramalan awal bencana alam.
Dimaklumkan, antara pelbagai bencana alam yang berlaku di China, bencana akibat cuaca buruk menduduki lebih 70%. Oleh sebab itu, kerajaan China telah berusaha meningkatkan keupayaan ramalan awal bencana akibat cuaca buruk dan telah mencapai kejayaan.
Naib Ketua Pengarah Biro Kaji Cuaca China, encik Zheng Guoguang memaklumkan, pada masa ini, China telah menubuhkan lebih 2600 stesen kaji cuaca dan jaringan radar kaji cuaca yang meliputi seluruh negara.
Selain itu, China telah berjaya melancarkan tujuh satelit kaji cuaca. Tujuh satelit itu boleh melakukan pemantauan sepanjang hari dan menyediakan maklumat yang boleh dipercayai untuk badan berkenaan.
Walaupun pembinaan sistem menangani kejadian kecemasan bencana alam telah mencapai keberkesanan, akan tetapi, sistem itu masih menghadapi banyak masalah. Antaranya termasuk kekurangan simpanan barangan bantuan penyelamatan mangsa bencana, pelan tindakan menangani kecemasan tidak praktikal dan masyarakat tidak menyedari betapa pentingnya usaha mengatasi bencana.
|