Menurut Agensi Berita Xinhua China, dipengerusikan oleh mantan Presiden Finland Martti Ahtisaari, wakil kerajaan Indonesia dan kumpulan pemisah Aceh "Gerakan Aceh Merdeka" telah memulakan rundingan damai pusingan ke-4 di Helsinki, ibu negara Finland hari ini.
Dilaporkan bahawa dalam rundingan tersebut, kedua-dua pihak terutamanya membincangkan masalah penyertaan politik.
Kerajaan Indonesia pernah menyatakan bahawa tidak mengizinkan pemisah Aceh mewakili parti politik menyertai pemilihan tempatan, manakala "Gerakan Aceh Merdeka" menegaskan bahawa semua parti politik di kawasan Aceh berhak menyertai proses politik di kawasan itu.
|