Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-05-27 16:10:29    
Kementerian Perdagangan China Umumkan Senarai 100 Perusahaan Swasta yang Jumlah Import Eksport Teringgi pada Tahun 2004

Agensi Berita Xinhua China

Agensi Berita Xinhua China melaporkan, Kementerian Perdagangan China semalam telah mengumumkan senarai 100 perusahaan swasta yang jumlah import eksport teringgi pada tahun 2004. Antaranya, terdapat 44 perusahaan import eksport produk mesin dan elektrik, 25 perusahaan import eksport produk kimia dan logam serta 14 perusahaan import eksport barangan tekstil dan pakaian.

Selain itu, senarai 100 perusahaan swasta yang jumlah eksport tertinggi juga diumumkan. Antaranya, terdapat 43 perusahaan eksport produk mesin dan elektrik dan 34 perusahaan eksport barangan tekstil dan pakaian.

Jumlah import eksport campuran 100 perusahaan tersebut mencatat 19.11 bilion dolar Amerika, menduduki 17.2% daripada jumlah keseluruhan import eksport perusahaan swasta China dan menduduki 1.7% daripada jumlah keseluruhan import eksport China.

100 perusahaan swasta yang jumlah eksport tertinggi telah mengeksport barangan bernilai 11.38 bilion dolar Amerika ke luar negara. Jumlah itu menduduki 16.4% daripada jumlah keseluruhan eksport perusahaan swasta China dan menduduki 1.9% daripada jumlah keseluruhan eksport China.

Antara 100 perusahaan yang diumumkan dalam senarai itu mempunyai dua ciri dua seperti berikut:

Pertama, skop perusahaan itu semakin diperluas. Standard pemilihan 100 perusahaan swasta yang jumlah import eksport tertinggi telah ditingkatkan daripada 51.63 juta dolar Amerika kepada 80.34 juta dolar Amerika. Antaranya, terdapat 75 buah perusahaan yang jumlah import eksport melebihi 100 juta dolar Amerika pada tahun ini, bertambah 38 perusahaan berbanding tahun 2003.

Kedua, perusahaan di bahagian tengah dan barat China dalam senarai itu meningkat. Perusahaan di tengah dan barat China masing-masing mencatat 12 dan 10 perusahaan.

Dimaklumkan, pada tahun 2004, selepas pindaan Undang-undang Perdagangan Luar dilaksanakan, hak urus niaga import-eksport telah dibuka dan telah mendinamikkan aktiviti perusahaan swasta China menembusi pasaran antarabangsa.