Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-05-27 14:08:37    
Pengenalan tentang Kadar Nilai Pertukaran Mata Wang Renminbi Berfaedah Bagi Pembangunan Ekonomi China dan Dunia.

CRI

Baru-baru ini, sama ada nilai mata wang Renminbi harus dinaikkan sekali lagi atau tidak menjadi topik perbincangan masyarakat antarabangsa. Tentang hal itu, wartawan telah mewawancara beberapa pakar ekonomi China dan luar negara.

Semenjak tahun 1994, kerajaan China sentiasa melaksanakan dasar kadar pertukaran yang fleksibel iaitu kadar pertukaran mata wang Renminbi ditambat kepada kadar 827.65 yuan Renminbi bagi 100.00 dolar Amerika, bank pusat melaksanakan kawalan terhadap kadar pertukaran Renminbi. Semenjak dasar itu dilaksanakan, kadar nilai pertukaran mata wang Renminbi kekal stabil. Ada pakar menyatakan, pelaksanaan dasar tersebut adalah selaras dengan pembangunan ekonomi China, kemampuan perusahaan, taraf penyeliaan dan kawalan kewangan pada masa ini.

Profesor Zhao Xijun dari Institut Pengkajian Mata Wang dan Sekuriti Universiti Rakyat China berpendapat, perdagangan luar China dan pelaburan asing amat penting bagi negara membangun seperti China, malah kejayaan yang dicapai oleh China dalam beberapa tahun kebelakangan ini bergantung kepada kestabilan kadar pertukaran Renminbi.

Beliau berkata: "Perdagangan luar China mencapai kejayaan yang besar, satu faktor yang penting adalah menetapkan dasar kadar pertukaran Renminbi yang stabil, perusahaan import-eksport tidak akan bimbang tentang masalah risiko turun naik nilai mata wang di pasaran antarabangsa. Jika nilai mata wang Renminbi telah naik dengan mendadak, ia akan membawa kesan negatif seperti perusahaan eksport mengurangkan jumlah pengeluaran dan lain-lain. Kadar pertukaran Renminbi yang stabil di China pada masa ini meningkatkan keyakinan pelabur. Jika kadar pertukaran Reminbi sering berubah, para pelabur asing di China mengalami peningkatan kos operasi dan risiko pelaburan.

Profesor Zhao memaklumkan, dalam jangka masa panjang, disebabkan perusahaan China dan badan kewangan kurang pengalaman pengurusan ketika kadar pertukaran Renminbi diapungkan secara bebas dan mekanisme mengelakkan risiko tidak sempurna, oleh itu, meningkatkan dengan banyak kadar pertukaran Renminbi akan membawa kesan negatif kepada perusahaan dan bank dan ini juga akan mempengaruhi perkembangan ekonomi China. Profesor Zhao berpendapat, mengekalkan kadar pertukaran Renminbi yang stabil, bukan saja berfaedah bagi pembangunan ekonomi China, tetapi juga mempunyai erti positif bagi pembangunan ekonomi dunia. Beliau berkata: " Di arena antarabangsa, terdapat 4 komuniti ekonomi yang besar iaitu Amerika Syarikat, Jepun, Zon Euro dan China. Pertumbuhan ekonomi dunia yang stabil, perlu menyediakan persekitaran yang stabil termasuk nilai mata wang yang stabil antara 4 komuniti tersebut. Jika nilai mata wang sentiasa berubah, tidak bermanfaat bagi pertumbuhan perdagangan sedunia dan meningkatkan risiko dan kos perdagangan sedunia".

Pemenang anugerah Nobel bagi kategori ekonomi Profesor Robert A. Mundell berpendapat, mengekalkan kestabilan kadar pertukaran Renminbi, memainkan peranan yang sangat baik bagi perkembangan ekonomi China dan dunia yang stabil. Pada masa ini, kerajaan harus mengekalkan kestabilan nilai mata wang Renminbi.

Beliau berkata: "Kenaikkan nilai Renminbi akan mengurangkan pelaburan asing dan menangguhkan proses pengapungan nilai pertukaran mata wang Renminbi sentiasa menaikkan nilai Renminbi adalah tidak positif dalam bidang ekonomi, dan akan menimbulkan ketidakstabilan di kawasan Asia Tenggara".

Sistem penetapan kadar pertukaran Renminbi juga merupakan topik perbincangan masyarakat antarabangsa. Pemenang anugerah Nobel bagi kategori ekonomi Encik Joseph E.Stiglize berkata: "Pada masa ini, bagaimana menyelesaikan masalah kadar itu perlu difikirkan dengan mendalam, yang sangat penting ialah apakah China berkemampuan mengatasi risiko akibat perubahan kadar pertukaran yang terapung. Ini bukan saja dapat dilaksanakan melalui penetapan sistem, tetapi juga China harus meneruskan tindakan yang realistik dalam jangka panjang. Walaupun sistem kadar pertukaran Renminbi China harus dikaji semula, tetapi tidak perlu berubah pada masa ini.

Profesor Zhao Xijun dari Universiti Rakyat China berkata kepada wartawan: "seiring dengan peningkatan ekonomi pasaran China, kemampuan perusahaan dan badan kewangan China mengatasi risiko kadar pertukaran akan terus meningkat, penetapan sistem kadar pertukaran Renminbi China juga akan terus selaras dengan standard antarabangsa, pasaran akan menjadi faktor utama yang menetapkan kadar pertukaran mata wang Renminbi.

---- Wang Ling