Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-05-27 16:46:17    
Hubungan China dan Malaysia Memasuki Era Baru

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua China, hubungan kerjasama dan persahabatan China - Malaysia telah meningkat dengan mantap sejak hubungan diplomatik kedua-dua negara dijalinkan pada 31 tahun lalu. Kepercayaan politik kerjasama ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua negara telah meningkat secara berterusan, pertukaran kebudayaan, pendidikan dan pelancongan juga bertambah sejak lebih 10 tahun lalu. Hubungan kerjasama dua hala yang sama rata dan saling menguntungkan telah memasuki era baru.

China dan Malaysia merupakan negara jiran. Hubungan persahabatan dua hala kedua-dua negara bersejarah lama. Tahun ini merupakan ulang tahun ke-600 Cheng Ho, laksamana terkenal dinasti Ming China belayar ke Asia dan Afrika, 7 kali belayar ke Atlantik dan 5 kali ke Melaka untuk menjalinkan hubungan persahabatan dan perdagangan dengan rakyat tempatan.

Hubungan China dan Malaysia membuka lembaran baru sejak hubungan diplomatik dijalinkan pada 31 Mei 1974. Pemimpin-pemimpin kedua-dua negara banyak kali mengadakan lawatan antara satu sama lain dalam banyak tahun ini untuk meningkatkan hubungan dua hala. Sempena ulang tahun ke-31 penjalinan hubungan diplomatik China dan Malaysia, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Kebangsaan Rakyat China Wu Bangguo telah mengadakan lawatan ke Malaysia untuk meningkatkan hubungan dua hala.

Kedua-dua negara telah menandatangan 13 buah dokumen sejak tahun 1985, antaranya Perjanjian Perdagangan, Perjanjian Penerbangan awam dan lain-lain untuk mengintensifkan hubungan negara tersebut.

China dan Malaysia merupakan negara membangun dan juga berusaha untuk meningkatkan ekonomi negara masing-masing. Pertumbuhan ekonomi dan perdagangan China dan Malaysia merupakan kejayaan besar dalam pembangunan hubungan dua hala. Dimaklumkan, jumlah perdagangan China dan Malaysia pada tahun lalu mencatat 26.2 bilion dolar Amerika dan meningkat 30% berbanding tahun 2003, iaitu kira-kira 7 kali ganda berbanding tahun 1995.

Sebanyak 352 projek pelaburan langsung Malaysia di China pada tahun lalu, jumlah nilai kontrak pula mencatat 1.3 bilion dolar Amerika, meningkat 35% berbanding tahun 2003. Setakat akhir tahun lalu, terdapat lebih 1400 projek China di Malaysia bernilai lebih 3 bilion dolar Amerika.

Pertukaran kebudayaan, pendidikan, pelancongan kalangan rakyat China dan Malaysia telah meningkat dengan cepat. Pertukaran Kumpulan kesenian dan kesukanan kedua-dua negara kerap kali diadakan, pelajar China yang sedang belajar di Malaysia pada masa ini mencatat 10 ribu orang. Jumlah pelancong China dan Malaysia pada tahun lalu mencatat kira-kira 1 juta 300 ribu orang. Hubungan dua hala telah mengintensifkan persahabatan dan persefahaman rakyat kedua-dua negara .

Malaysia mempertahankan pendirian satu China. China dan Malaysia menumpukan perhatian terhadap penyelarasan dan perbincangan terhadap hal-ehwal antarabangsa, saling menyokong dan berkerjasama, mempunyai pandangan yang sama tentang masalah antarabangsa yang penting, berusaha bersama-sama mengintensifkan perdamaian dan pembangunan sedunia.