Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-05-30 12:37:36    
China Terus Tingkatkan Kajian Cuaca

CRI

Ketua Pengarah Bahagian Perkembangan Sains dan Teknologi Jabatan Meteorologi China puan Guo Yaxi baru-baru ini memberitahu wartawan, China akan terus meningkatkan taraf pemantauan, pengkajian dan perkhidmatan kaji cuaca, agar sains, teknologi, maklumat dan perkhidmatan kaji cuaca lebih banyak digunakan dalam pembangunan pada masa depan dan lebih ramai orang mengetahui usaha kaji cuaca, mengurangkan penjejasan iklim terhadap perkembangan negara secara berterusan.

Pada ratusan tahun lalu, banyak kejayaan telah dicapai dalam kajian sains cuaca dan bidang sains berkaitan yang telah memainkan peranan positif mendorong perkembangan masyarakat secara berterusan. Akan tetapi, pada ratusan tahun kebelakangan ini, iklim sejagat sedang semakin panas. Perubahan tersebut menjejaskan ekologi alam sekitar dan sosioekonomi sejagat. Khususnya paras laut naik, glasier cair, jumlah tumbuh-tumbuhan dan haiwan berkurangan dan lain-lain menjadi faktor utama menjejaskan pembangunnan ekonomi dan taraf kehidupan manusia.

Puan Guo Yaxi menyatakan, perkembangan sosioekonomi China juga terjejas akibat perubahan iklim. Beliau berkata,

"Seperti di negara lain, pertumbuhan ekonomi nasional China juga terjejas disebabkan perubahan iklim akibat kebocoran rumah hijau dan pencemaran udara. Misalnya sumber air dan bahan makanan berkurangan dan kerajaan sentiasa menghadapi isu mengatasi dan mencegah bencana alam dan lain-lain, semua isu tersebut bersangkut paut erat dengan perubahan iklim."

Untuk mengurangkan penjejasan perubahan iklim, pada tahun-tahun kebelakangan ini, kerajaan China meningkatkan peruntukan terhadap kajian cuaca dan pengkajian dalam bidang berkaitan. Pada masa ini, kerajaan China telah membentuk sistem urusan kaji cuaca untuk mewujudkan perkembangan yang selaras dengan melaksanakan projek ramalan cuaca, ramalan iklim jangka singkat, penilaian perubahan iklim, pemantauan dan penganalisisan terhadap indeks udara dan pengaruh tindak-tanduk manusia terhadap cuaca dan lain-lain. Usaha kaji cuaca memainkan peranan yang semakin penting dalam pelbagai bidang politik, ekonomi dan sosial bahkan kehidupan penduduk awam.

Ketua Pengarah Bahagian Perkembangan Sains dan Teknologi Jabatan Meteorologi China puan Guo Yaxi menyatakan, kerajaan China akan terus mengembangkan usaha kaji cuaca agar sains, teknologi, maklumat dan perkhidmatan kaji cuaca lebih banyak digunakan dalam pembangunan pada masa depan. Beliau berkata,

"Dalam tempoh 20 tahun pertama abad ini, China akan mengembangkan usaha kaji cuaca yang menyediakan perkhidmatan kepada penduduk awam, meningkatkan keupayaan jaminan maklumat kaji cuaca terhadap keselamatan negara dan bantuan sumber kaji cuaca terhadap perkembangan negara secara berterusan. Sehubungan dengan itu, kami harus membangunkan sistem kaji cuaca yang berteknolgi tinggi dan moden di dunia, mewujudkan modenisasi dalam bidang itu."

Puan Guo Yaxi menyatakan, untuk mewujudkan perkembangan secara berterusan, kerajaan China juga akan meneroka dan menggunakan secara rasional sumber kaji cuaca, misalnya meneroka sumber air di ruang udara berdasarkan melindungi sumber alam dan ekologi alam sekitar. Selain itu, kerajaan China juga akan terus meningkatkan kerjasama antarabangsa, berkongsi hasil sains dan teknologi dengan negara lain, terus berusaha untuk mewujudkan perkembangan yang selaras antara kehidupan manusia dengan sistem iklim.

----Ching