Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-05-30 12:37:36    
China Terus Laksanakan Pembaharuan Pembangunan Kawasan Bahagian Tengah China

Agensi Berita Xinhua China

Naib Perdana Menteri China Huang Ju semasa mengadakan tinjauan di Provinsi Anhui baru-baru ini menegaskan, kerajaan provinsi di bahagian tengah China harus mengambil peluang perkembangan, mendorong inovasi sistem dan mekanisme, melaksanakan buka pintu dengan lebih meluas, memanfaatkan keunggulan kawasan tersebut untuk membangunkan kawasan di bahagian tengah China.

Dalam tempoh tinjauan tersebut, Naib Perdana Menteri Huang Ju yang diiringi oleh pegawai kerajaan tempatan mengadakan kaji selidik di syarikat, kilang simen, syarikat pengeluar kereta, kumpulan cari gali bahan galian, sector perbankan, taman penyelenggaraan perusahaan dan lain-lain di beberapa bandar seperti Ma Anshan, Wuhu dan Hefei.

Setelah mendengar taklimat yang disampaikan oleh pegawai kerajaan Provinsi Anhui, Huang Ju menyatakan, mendorong pembangunan di kawasan bahagian tengah China merupakan strategi penting kerajaan pusat dan Dewan Negara. Pada masa ini, kerajaan sedang mengkaji untuk menetapkan dasar dan tindakan bagi mendorong pembangunan di kawasan bahagian tengah, menyusun semula struktur ekonomi dan memindahkan industri ke kawasan pesisir pantai yang ekonominya maju. Ini merupakan peluang perkembangan yang baik bagi provinsi-provinsi di kawasan bahagian tengah termasuk Provinsi Anhui. Kerajaan di kawasan tersebut harus melaksanakan strategi pembangunan kerajaan pusat secara bersunguh-sungguh, mengambil peluang yang baik ini untuk mewujudkan perkembangan sosioekonomi.

Beliau menegaskan, kerajaan tempatan harus melaksanakan konsep perkembangan saintifik, mempertahankan perkembangan industri baru, memperkenalkan cara pengurusan efisien dan meningkatkan kualiti pertumbuhan ekonomi untuk membangunkan kawasan di bahagian tengah China. Provinsi Anhui mempunyai banyak syarat yang bermanfaat bagi perkembangan. Sehubungan dengan itu, kerajaan provinsi itu harus mengembangkan industri unggul dan ekonomi bercirikan tempatan, mempercepat industrialisasi dan urbanisasi desa, mengembangkan industri pemprosesan, pertanian dan perkhidmatan moden, mengurangkan penggunaan sumber tenaga, mewujudkan matlamat perkembangan provinsi itu paling pesat di kawasan bahagian tengah China.

Huang Ju menyatakan, usaha penting dalam pembangunan di kawasan bahagian tengah ialah melaksanakan inovasi sistem, mekanisme dan melaksanakan buka pintu dengan lebih meluas. Mempercepat usaha pembaharuan terhadap sistem saham perusahaan milik negara, penyusunan semula pola dan struktur ekonomi perusahaan milik negara, menubuhkan syarikat, perusahaan dan kumpulan perusahaan skop besar yang mempunyai daya saing antarabangsa; meningkatkan pengurusan terhadap projek percubaan pembaharuan syarikat kredit di desa agar agensi itu menjadi institusi kewangan yang benar-benar menyediakan perkhidmatan kepada sektor pertanian, desa dan kaum tani. Menyempurnakan iklim pelaburan, melaksanakan buka pintu dengan lebih meluas. Di samping itu, berusaha menarik dana dari kawasan lain khususnya di kawasan di pesisir pantai di bahagian timur China untuk mendorong perkembangan sosioekonomi di kawasan bahagian tengah China.

Selain menyertai Sidang Kebangsaan Kerja Pencegahan Letupan Gas Lombong Arang Batu, Naib Perdana Menteri Huang Ju juga turun ke terowong lombong arang batu yang dalamnya beberapa ratus meter untuk memeriksa kerja keselamatan di sana, mengunjungi buruh yang sedang bertugas. Beliau mengarahkan pegawai perusahaan itu meningkatkan usaha keselamatan, mengelakkan berlakunya kemalangan serius dan menjamin keselamatan nyawa dan harta benda para buruh.

----Ching