Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-05-29 14:33:49    
Kesatuan Eropah Akan Hantar Pakar Sertai Rundingan Damai Kerajaan Indonesia dengan GAM

Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, dilaporkan oleh media Finland semalam bahawa Kesatuan Eropah akan menghantar 4 pakar ke Helsinki untuk menyertai rundingan damai pusingan ke-4 antara kerajaan Indonesia dengan Gerakan Aceh Merdeka(GAM) yang akan diadakan di sana.

Keempat-empat pakar Kesatuan Eropah akan menyertai rundingan kali ini sebagai pemerhati pada esok hari agar melakukan pemantauan terhadap perjanjian perdamaian yang mungkin akan dicapai oleh kerajaan Indonesia dan GAM.

Dilaporkan lagi, Naib Presiden Indonesai Yusuf Kalla berkata dalam sidang akhbar petang semalam bahawa dua perkara letupan bom yang berlaku pada pagi semalam di Provinsi Sulawesi Tengah, Indonesia telah mengakibatkan 22 orang mati dan 57 orang cedera.

Beliau secara keras mengutuk perkara letupan bom tersebut dan telah mengarah pihak polis dan tentera Indonesia menyiasatkan perkara tersebut secara menyeluruh.

Jurucakap Pejabat Am Polis Negara Indonesia semalam menyatakan bahawa perkara letupan bom tersebut berkemungkinan besar dilakukan oleh suatu pertubuhan ketenteraan ekstram Asia Tenggara.