Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-05-30 15:15:44    
Media Singapura Seru Jepun Memandang Isu Sejarah dengan Tepat

CRI

Wartawan CRI melaporkan, akhbar LianHe ZaoBao Singapura hari ini menerbitkan rencana pengarang yang bertajuk: Seawal-awalnya Letakkan Beban Mental Sejarah Peperangan", menyeru Jepun memandang isu sejarah dengan tepat.

Dalam rencana itu dijelaskan, kerajaan China dan Korea Selatan sedang giat mengambil langkah untuk mendorong hubungan mereka dengan Jepun kembali normal.

Sehubungan dengan itu, sarjana China, Jepun dan Korea Selatan telah bersama-sama menyusun buku bacaan sejarah sekolah menengah yang boleh diterima oleh ketiga-tiga pihak. Akan tetapi, tindakan Perdana Menteri Jepun, Junichiro Koizumi kerap kali menziarahi Yasukuni Jinja bukan sahaja menimbulkan perasaan tidak berpuas hati di kalangan rakyat China dan Korea Selatan, tetapi juga telah menjadikan rakyat negara-negara Asia lain yang pernah diceroboh oleh tentera Jepun terkenang akan pengalaman silam mereka yang pahit.

Dalam rencana itu diseru, Jepun patut mencontohi Jerman dalam menghadapi fakta sejarah peperangan dan meletakkan beban mental.