Menurut Agensi Berita China, Perdana Menteri Vietnam, Phan Van Khai akan mengadakan lawatan ke A.S. pada 19 hingga 25 Jun, ini merupakan pertama kali Perdana Menteri Vietnam melawat A.S. selepas perang Vietnam berakhir pada tahun 1975.
Kementerian Luar Vietnam menyatakan lawatan tersebut bertujuan untuk meningkatkan hubungan Vietnam-A.S., ini bukan sahaja selaras dengan kepentingan kedua-dua negara, tetapi juga berfaedah bagi keamanan, kestabilan dan perkembangan dunia dan rantau.
Dimaklumkan, dalam tempoh lawatan itu, Phan Van Khai akan mengadakan rundingan dengan Presiden A.S. George W. Bush, Setiausaha Negara Condoleezza Rice, pemimpin Kongres dan tokoh-tokoh kalangan perusahaan A.S.
|