Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-05-30 18:52:19    
Bo Xilai: Batalkan Tarif Eksport Sebahagian Barangan Tekstil Untuk Lindungi Kepentingan Perusahaan China

CRI

Menurut berita CRI, Menteri Perdangan China Bo Xilai hari ini di Beijing menyatakan bahawa China membatalkan tarif eksport sebahagian barangan tekstil bertujuan untuk melindungi kepentingan perusahaan China.

Dalam sidang akhbar yang diadakan oleh Jabatan Penerangan Dewan Negara China hari ini di Beijing, Bo Xilai berkata untuk menstabilkan eksport barangan tekstil, China pernah dua kali mengutip cukai terhadap lebih 200 jenis barangan tekstil, di samping itu, beliau juga menyatakan bahawa barangan tekstil China yang mengalami sekatan eksport akan dibatalkan daripada senarai dikutip cukai eksport.

Kementerian Kewangan China mengumumkan hari ini bahawa China akan membatalkan cukai eksport terhadap 81 jenis barangan tekstil sejak 1 Jun.