Menurut berita edisi luar negara Harian Renminribao, China akan menyediakan peruntukan pendidikan tambahan untuk kawasan desa pada beberapa tahun akan datang.
Kementerian Pendidikan China berharap merealisasikan perkembangan pendidikan wajib yang seimbang di seluruh negara melalui cara tersebut untuk menyokong kawasan desa, kawasan mundur dan kawasan etnik minoriti mengembangkan pendidikan wajib.
Dimaklumkan, pada tahun 2004, peruntukan khas untuk pendidikan wajib di kawasan desa daripada kewangan kerajaan pusat China telah meningkat lebih 70% berbanding tahun 2003.
|