Menurut berita CRI, Kementerian Perdagangan China hari ini mengesahkan bahawa kadbod yang belum diputihkan yang diimport dari A.S., Thailand, Korea Selatan dan kawasan Taiwan telah menyebabkan berlaku lambakan. Kementerian itu telah memutuskan untuk mengambil tindakan antilambakan sementara terhadap barangan itu.
Kementerian Perdagangan China hari ini mengeluarkan pengumuman bahawa China memutuskan untuk menuntut pengimport kadbod membayar wang jaminan kepada kastam China semasa mengimport barangan tersebut dari negara-negara dan kawasan tersebut.
|