Menurut berita CRI, Kementerian Perdagangan China hari ini mengeluarkan pengumuman bahawa penyiasatan terhadap lambakan catechol import buatan A.S. dan Jepun telah dimulakan hari ini.
Dalam pengumuman itu dinyatakan, berdasarkan Peraturan Antilambakan Republik Rakyat China, Kementerian Perdagangan China akan melaksanakan siasatan terhadap keadaan dan tahap lambakan catechol import buatan A.S. dan Jepun di China serta tahap industri catechol Tanah Besar China terjejas akibat lambakan itu. Pada umumnya, siasatan itu akan diselesaikan dalam tempoh setahun. Jika perlu, tempoh siasatan boleh diperpanjang sehingga setahun setengah.
|