Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-05-31 17:01:49    
Lawatan Wu Bangguo ke Malaysia Amat Berjaya

CRI

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China, Wu Bangguo hari ini telah mengakhiri lawatan selama 4 hari ke Malaysia dan telah mengakhiri lawatannya ke 4 negara Asia-Pasifik. Dalam tempoh lawatan itu, Wu Bangguo telah menemui Yang Di-pertuan Agong, Perdana Menteri dan Speaker Dewan Rakyat Malaysia. Kedua-dua pihak telah mencapai kata sepakat tentang meningkatkan kerjasama kedua-dua negara yang saling menguntungkan serta telah menyertai upacara penandatanganan dokumen 4 projek kerjasama. Selain itu, kerana Malaysia ialah pengerusi gilir ASEAN sekarang, Wu Bangguo juga telah menyampaikan ucapan ke seluruh Asia, menegaskan negara Asia harus meningkatkan kerjasama dan bersama-sama membangun. Lawatan kali ini bukan sahaja telah mencapai kejayaan dalam usaha mendorong hubungan dua hala China-Malaysia tetapi juga amat bererti bagi mendorong China dan negara Asia bersama-sama memakmurkan negara.

Pertukaran lawatan yang bersahabat Malaysia-China bersejarah lama, Laksamana Cheng Ho China pernah melawat Melaka 5 kali dalam 7 kali pelayarannya ke Asia dan Afrika, ini merupakan petanda baik hubungan persahabatan kedua-dua negara. Malaysia merupakan negara pertama antara anggota ASEAN menjalin hubungan diplomatik dengan China. Sejak 31 tahun yang lalu, hubungan dua hala berkembang lancar, kerjasama ekonomi dan perdagangan berkembang pesat. Kedua-dua negara sekarang telah menetapkan strategi hubungan kerjasama, jumlah perdagangan dua hala telah melebihi 26.2 bilion dolar Amerika pada tahun 2004. Sekarang Malaysia merupakan rakan dagang ke-8 terbesar bagi China dan rakan dagang ke-2 terbesar bagi China antara 10 negara ASEAN. Pada penghujung tahun 2004, Malaysia turut mengalami bencana gempa bumi dan Tsunami, kerajaan China segera menyediakan bantuan kecemasan bernilai 200 ribu dolar Amerika, tindakan itu telah mendapat sanjungan tinggi pelbagai kalangan masyarakat Malaysia.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, pemimpin peringkat tinggi China-Malaysia sering mengadakan lawatan. Dalam tempoh lawatan itu, Wu Bangguo semasa menemui pemimpin Malaysia telah menyampaikan hasrat China untuk meningkatkan kerjasama strategi kedua-dua negara dan kerjasama amggota Parlimen. Beliau juga telah menghuraikan pendirian Tanah Besar China dalam isu Taiwan. Pemimpin Malaysia menganggap, perkembangan ekonomi China telah merangsang positif perkembangsan ekonomi sedunia terutamanya negara jiran. Kedua-dua pihak bukan sahaja telah mencapai kata sepakat tentang hubungan dua hala dan pertukaran lawatan anggota Parlimen tetapi juga telah bertukar-tukar pendapat tentang penerokaan bersama Laut China Selatan, pembaharuan PBB, Sidang Kemuncak Asia Timur dan Keselamatan Selat Melaka, ini telah menyediakan dasar yang baik bagi kedua-dua negara mengekalkan penyelarasan dan kerjasama dalam masalah antarabangsa dan serantau.

Penandatanganan dokumen 4 projek kerjasama yang melibatkan pengeluaran kereta dan penjanaan elektrik merupakan kejayaan yang dicapai dalam lawatan Wu Bangguo ke Malaysia kali ini. Kerjasama yang bersungguh-sungguh antara kalangan perusahaan akan meningkatkan potensi kerjasama kedua-dua negara. Wu Bangguo amat berkeyakinan terhadap prospek kerjasama ekonomi dan perdagangan China-Malaysia. Beliau menyatakan, berdasarkan skop pertumbuhan sekarang, perdagangan tahunan China-Malaysia akan mencapai atau melebihi 50 bilion dolar Amerika menjelang tahun 2010.