Menurut Harian Renminribao China, pada tahun-tahun kebelakangan ini, perusahaan swasta China menambah lebih enam juta peluang kerja setiap tahun dan jumlah itu mencapai 80% daripada semua penambahan peluang kerja di bandar dan pekan dalam tempoh yang sama, oleh itu, perusahaan swasta China menjadi saluran penting yang menyediakan peluang kerja di China.
Berdasarkan maklumat Kementerian Buruh dan Jaminan Sosial China, kini, perusahaan swasta China telah menyediakan sebanyak lebih 80 juta peluang kerja dan menduduki satu pertiga peluang pekerjaan keseluruhannya di bandar dan pekan China.
|