Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-06-02 10:46:15    
Pasukan Badminton China

CRI

Pasukan badminton China merupakan pasukan yang paling hebat di dunia. Mereka pernah meraih 102 pingat emas dunia. Baru-baru ini, pasukan itu mencapai kejayaan yang tidak pernah dicapai oleh pasukan lain. Pada masa yang sama, pasukan badminton China meraih tiga pingat emas dunia yang mewakili taraf permainan badminton tertinggi di dunia iaitu pertandingan Piala Thomas yang mewakili taraf tertinggi permainan permainan badminton acara lelaki, pertandingan Piala Uber yang mewakili taraf tertinggi badminton acara wanita serta pertandingan Piala Sudirman yang mewakili taraf tertinggi permainan badminton acara beregu di dunia.

Sukan badminton dicipta oleh warga Britain, tetapi sukan itu berkembang maju di Asia, beberapa negara Asia mempunyai keupayaan hebat dalam sukan itu antaranya termasuk China. Dalam tempoh sepuluh tahun lalu, China mencapai kejayaan besar dalam acara badminton. Kini, pasukan badminton China telah meraih 102 pingat emas dunia, antaranya 49 pingat emas dunia dicapai dalam tempoh sepuluh tahun lalu. Sejak acara badminton ditetapkan sebagai acara pertandingan rasmi Sukan Olimpik pada tahun 1992, pasukan badminton China mencapai kejayaan besar dalam sukan Olimpik. Dalam Sukan Olimpik Athens, pasukan China meraih tiga pingat emas daripada lima pingat emas yang dipertandingkan. Sekarang, China menjadi pasukan pertama yang meraih pingat emas Piala Thomas, Piala Uber dan Piala Sudirman pada masa yang sama.

Selepas pasukan China meraih pingat emas Piala Sudirman baru-baru ini, Ketua Jurulatih Pasukan Badminton China Li Yongbo menyatakan bahawa: "Kami dapat meraih pingat emas Piala Sudirman disebabkan pemain yang sudah tidak bermain mewakili negara telah membentuk asas yang kukuh pada sepuluh tahun yang lalu. Kalau tidak ada pemain yang unggul pada tahun 1995, maka kami tidak akan mencapai kejayaan pada hari ini. Pada sepuluh tahun yang lalu, kami meraih pingat emas di luar jangkaan, tetapi sekarang sebelum pertandingan itu, tinjauan pendapat awam menunjukkan pasukan kami berkemungkinan besar meraih pingat emas. Saya berpendapatin ini bermakna pasukan badminton kami semakin kuat."

Dalam pertandingan Piala Sudirman yang tamat di Beijing baru-baru ini, pasukan Indonesia dibahagikan bersama-sama pasukan China dalam satu kumpulan, dalam pertandingan kumpulan, pasukan Indonesia tidak menurunkan pemain yang paling unggul mereka, ketua pasukan Indonesia Sofian berkata, "Kami berpendapat jikapun kami menurunkan pemain yang paling unggul agar sukar menewaskan pasukan China. Oleh itu, kami memutuskan menurunkan pemain yang paling unggul menghadapi pasukan China dalam pertandingan akhir ."

Akan tetapi, pasukan China menewaskan pasukan Indonesia dengan 3:0 dalam pertandingan akhir. Selepas itu, ketua jurulatih pasukan Indonesia Christian berkata kekalahan pasukan Indonesia bukan disebabkan persembahan pemainnya tidak baik, satu-satunya sebabnya ialah pasukan China terlalu hebat.

Mantan jurulatih pasukan badminton China yang juga jurulatih pasukan Republik Korea dan pasukan Malaysia Encik Li Mao berpendapat hanya menubuhkan pasukan badminton persekutuan dunia yang terdiri daripada pemain terunggul dari pelbagai negara dan kawasan di dunia baru dapat menewaskan pasukan badminton China.

Walaupun pasukan badminton China telah mencapai kejayaan besar, tetapi Ketua Jurulatih Pasukan China Li Yongbo berharap pasukan badminton China dapat mencapai kejayaan yang cemerlang pada masa depan. Beliau berkata, "Kami akan terus berusaha mencapai kejayaan yang lebih cemerlang. Kami sangat mementingkan Kejohanan Dunia yang akan diadakan pada Ogos tahun ini. Satu matlamat baru harus kita capai setiap tahun."