Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-05-31 18:17:04    
Yang di-Pertuan Agong Malaysia Tuanku Syed Sirajuddin Temui Wu Bangguo

Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, Yang di-Pertuan Agong Malaysia Tuanku Syed Sirajuddin telah menemui Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China, Wu Bangguo di Kuala Lumpur hari ini.

Tuanku Syed Sirajuddin berkata kerjasama yang saling menguntungkan Malaysia-China bermanfaat bagi rakyat kedua-dua negara. Pihak Malaysia bersedia meningkatkan kerjasama dua hala dalam bidang sumber tenaga, pendidikan, kebudayaan dan pelancongan serta lain-lain untuk membawa faedah kepada rakyat kedua-dua negara.

Wu Bangguo menyatakan keyakinan bahawa selagi kedua-dua pihak berhasrat bersama-sama untuk meningkatkan secara berterusan pertukaran dan kerjasama dalam bidang ekonomi dan perdagangan serta kemanusiaan, hubungan China- Malaysia pasti akan mempunyai masa depan yang lebih cerah.