Menurut Agensi Berita Xinhua China, akhbar-akhbar yang terkemuka Hong Kong menerbitkan rencana semalam yang menumpuhkan perhatian terhadap tindakan kerajaan China membatalkan tarif eksport terhadap 81 jenis barangan tekstil China.
Akhbar tersebut Hong Kong berpendapat bahawa tindakan sekatan yang dikenakan oleh A.S. dan Kesatuan Eropah terhadap pengimportan barangan tekstil China juga terdapat fakor bukan perdagangan. Kerajaan China mesti berusaha untuk memiliki hak dalam perjanjian WTO.
Akhbar Wenhui Hong Kong dalam rencananya berbunyi bahawa pihak A.S. dan Kesatuan Eropah tidak membuat reaksi yang positif terhadap tindakan kerajaan China yang dua kali mengenakan tarif eksport terhadap barangan tekstil, malah mereka mengenakan sekatan yang lebih ketat terhadap pengimportan barangan tekstil China. Sehubungan dengan itu, pembatalan tarif ekspot terhadap barangan tekstil yang dibuat oleh China bertujuan mengelakkan sektor tekstil dalam negeri tidak mengalami kerugian hebat akibat tindakan A.S. dan Kesatuan Eropah tersebut.
Rencana itu juga dinyatakan, tindakan perlindungan dagangan di beberapa negara barat mulai ditingkatkan akibat kemerosotan ekonomi nasional di negara tersebut dan rundingan perdagangan pelbagai hala menghadapi kebuntuan. Maka, pembatalan tarif eksport sewajarnya diambil oleh kerajaan China dan juga sebagai tindakan balas terhadap sekatan yang dikenakan oleh A.S. dan Kesatuan Eropah. China perlu berusaha memegang keadilan dalam perdagangan barangan tekstil berdasarkan peraturan WTO.
Rencana yang dikeluarkan oleh Akhbar "Xinbao" berbunyi bahawa Menteri Perdagangan China, Bo Xilai dalam sidang akhbar yang diadakan sebelum itu menyatakan, alasan A.S. dan Kesatuan Eropah untuk menggunakan sekatan pengimportan terhadap barangan tekstil China adalah tidak berasas sama sekali.
|