Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-06-01 11:19:43    
Xu Kunyuan Sokong Kerajaan China Batalkan Tarif Eksport 81 Jenis Barangan Tekstil

Harian Renmin Ribao

Menurut akhbar Harian Renminribao, Naib Presiden Persatuan Industri Tekstil dan Pakaian Negara China, encik Xu Kunyuan semalam di Beijing menyatakan, kalangan industri tekstil China menyokong keputusan kerajaan membatalkan tarif eksport 81 jenis barangan tekstil mulai 1 Jun.

Xu Kunyuan berkata, perusahaan tekstil China telah mengalami layanan yang tidak adil dalam pasaran antarabangsa dan sentiasa disekat oleh kuota tekstil. A.S. dan Kesatuan Eropah sekali lagi mengenakan sekatan terhadap barangan tekstil China selepas kuota baru dibatalkan, tindakan itu tidak sesuai dengan prinsip perdagangan bebas ekonomi pasaran. Kalangan industri tekstil China dengan teguh menentang tindakan A.S. dan Kesatuan Eropah tersebut.