Menurut Agensi Berita China, Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, Nong Duc Manh, Perdana Menteri Vietnam Phan Van Khai dan Pengerusi Majlis Nasional Nguyen Van An kelmarin telah menemui Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yodhoyono yang sedang melawat di Hanoi. Kedua-dua pihak menyatakan akan terus mengukuhkan dan mengembangkan hubungan bersahabat dan kerjasama menyeluruh kedua-dua negara.
Pemimpin Vietnam dalam pertemuan itu menyatakan, mengukuhkan dan mengembangkan hubungan kerjasama Vietnam dengan Indonesia bukan sahaja sesuai dengan kepentingan rakyat kedua-dua negara, tetapi juga bermanfaat bagi keamanan, kestabilan dan perkembangan dunia. Kedua-dua negara patut bersama-sama membincangkan langkah yang berkesan untuk mendorong kerjasama kedua-dua pihak dalam bidang ekonomi dan perdagangan, kebudayaan dan pendidikan serta membanteras kegiatan jenayah transnasional.
Susilo menyatakan, beliau berharap Indonesia dan Vietnam meningkatkan kerjasama dalam bidang pelaburan, perdagangan, pelancongan, kebudayaan, pertahanan dan keselamatan.
|