Menurut Agensi Berita Xinhua China, Naib Perdana Menteri China, Huang Ju hari ini di Beijing semasa menemui sebahagian wakil luar negara yang menyertai Forum Membangun Persekutuan Bursa Dunia menyatakan harapan bahawa anggota persekutuan itu terus meningkatkan pertukaran dengan kalangan pasaran modal Tanah Besar China dan mendorong pembaharuan, perkembangan dan pembukaan pasaran modal Tanah Besar China.
Beliau berkata, Persekutuan Bursa Dunia sebagai pertubuhan kalangan bursa sejagat telah menyumbangkan banyak usaha penerokaan dalam mendorong interaksi dan kerjasama antara bursa dan meningkatkan pengurusan dan standard bursa. Bursa China, terutamanya Bursa Shanghai dan Shenzhen telah mendapat faedah di bidang ini.
|