Menurut berita CRI, Naib Ketua Pengarah Biro Ekonomi Jabatan Hal Ehwal Taiwan Dewan Negara China Encik Tang Yi hari ini di Beijing menyatakan bahawa pihak Tanah Besar China aktif berusaha untuk mendorong penjualan barangan pertanian Taiwan di Tanah Besar China.
Beliau menyatakan Tanah Besar China berharap pihak Taiwan mengutamankan kepentingan petani Taiwan, segera membenarkan pertubuhan pertanian Taiwan mengunjungi Tanah Besar China untuk membincangkan perkara yang berkaitan dan mencapai persepakatan demi faedah para petani Taiwan.
|