Menurut Agensi Berita Xinhua China, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam di Kuala Lumpur berkata, China akan menjadi kuasa positif dalam memelihara keamanan dan kestabilan dunia dan rantau Asia-Pasifik.
Beliau menyatakan demikian semasa berucap dalam Peridangan Meja Bulat Asia-Pasifik Ke-19 yang dirasmikan semalam.
Beliau berkata, kenyataan yang mendakwa China akan menjadi ancaman ketenteraan tersembunyi adalah tidak berasas. China telah kerap kali menjelaskan pendirian menentang hegemonisme. Pendirian itu merupakan teras dasar luar China.
|