Menurut berita CRI, Jabatan Am Perlindungan Alam Sekitar Negara China hari ini dalam sidang akhbar yang diadakan oleh Dewan Negara China mengeluarkan kenyataan bahawa kemajuan bandar China yang pesat menyebabkan kekurangan sumber alam dan perubahan iklim yang ketara.
Dalam kenyataan tersebut Jabatan itu menuntut pelbagai tempat di China harus merancang projek pembangunan yang selaras dengan standart perlindungan alam sekitar, menyusun semula struktur ekonomi bandar, mengubah cara pertumbuhan ekonomi dan mengembangkan ekonomi bergilir.
|