|
Menurut berita CRI, wartawan dimaklumkan oleh pejabat Bank Dunia di Beijing bahawa pada tahun ini Bank Dunia akan bekerjasama dengan kerajaan China mengumpul dana untuk menyokong usaha membasmi kemiskinan di kalangan rakyat China.
Ketua Pengarah Biro Bank Dunia Cawangan China Encik Du Dawei memaklumkan bahawa cadangan tersebut melibatkan usaha membasmi kemiskinan di kawasan etnik minoriti, menyediakan perkhidmatan pendidikan dan kesihatan, menyediakan peluang kerja kepada penganggur.
|