Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-06-02 14:22:21    
China Tetapkan 10 Projek Utama Tingkatkan Pembangunan Bahagian Barat

CRI

Kerajaan China baru-baru ini menetapkan 10 projek utama untuk meningkatkan pembangunan sosioekonomi di kawasan bahagian barat. 10 projek tersebut meliputi sumber tenaga, lalu lintas, pendidikan penduduk kawasan desa, perubatan dan kesihatan.

Berdasarkan 10 projek tersebut, China akan meningkatkan pembangunan infrastruktur antaranya landasan kereta api, lebuh raya, lapangan terbang, penjana kuasa elektrik, lombong arang batu dan kemudahan industri, serta mendorong pelaksanaan projek keselamatan air minum, pendidikan dan kesihatan di kawasan desa. 10 projek utama itu dianggarkan akan diperuntukkan 130 bilion Yuan RMB.

Kerajaan menetapkan projek utama dan meningkatkan peruntukan merupakan tindakan penting untuk mendorong pembangunan kawasan bahagian barat. Ketua Pengarah Pusat Kajian Pembangunan Bahagian Barat Akademi Sains Sosial China Wei Houkai berpendapat bahawa peruntukan kerajaan memainkan peranan utama untuk mendorong pembangunan.

Beliau berkata, "Kerajaan China memperuntukkan banyak dana terhadap pembangunan bahagian barat. Sejak strategi pembangunan bahagian barat dilaksanakan, kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasarnya meningkat setiap tahun. Ini tidak terkecuali daripada peningkatan peruntukan kerajaan khususnya pelaksanaan projek utama".

Mulai tahun 2000, kerajaan China melaksanakan strategi pembangunan bahagian barat. Dalam tempoh 5 tahun yang lalu, kerajaan pusat China telah memperuntukkan dana pembangunan sebanyak lebih 800 bilion Yuan RMB terhadap kawasan bahagian barat, serentak itu melaksanakan 50 projek pembangunan utama di kawasan itu.

Pembangunan infrastruktur menyediakan syarat yang agak baik bagi kawasan bahagian barat untuk mengembangkan industri dan melaksanakan urbanisasi pada masa akan datang.

Pada masa ini, Keluaran Dalam Negara Kasar di kawasan bahagian barat China beransur-ansur mendekati taraf di kawasan pantai bahagian timur dan taraf pendapatan penduduk juga meningkat. Banyak projek utama termasuk Projek Paip Gas dari Bahagian Barat ke Kawasan Timur, Projek Pembekalan Tenaga Elektrik dari Bahagian Barat ke Kawasan Timur dan sebagainya telah selesai dibina dan mulai beroperasi sehingga mendatangkan keuntungan yang memuaskan kepada bahagian barat.