Menurut Agensi Berita Xinhua China, upacara perasmian Kursus latihan petani di ladang Beijing telah diadakan di kaunti Yanqing Beijing semalam, seramai lebih 30 orang petani menyertai kursus peringkat pertama itu.
Kursus dianjurkan oleh Pertubuhan Bahan Makanan dan Pertanian PBB. Ia merupakan kursus tanpa kampus, bahan pengajaran dan pensyarah yang khusus. Pegawai pertanian merupakan tenaga pengajar kursus itu di sawah ladang .
Dilaporkan, kursus seumpama itu pernah dilaksanakan di Indonesia pada tahun 1989, dan seterusnya dilaksanakan di negara Asia, Afrika Amerika dan Eropah Timur.
|