Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-06-02 16:40:06    
Media Singapura Seru A.S Tangani Persengketaan Perdagangan A.S-Eropah-China Secara Fleksibel

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua China, Akhbar "Lianhe Zaobao"Singapura dalam rencana pengarang hari ini melaporakan bahawa Amerika Syarikat seharusnya mengambil pendirian yang lebih fleksibel untuk menyelesaikan isu perdagangan dengan China dan Kesatuan Eropah, kerana perselisihan itu akan menjejaskan rundingan pelbagai hala perdagangan sejagat.

Rencana pengarang itu menjelaskan bahawa Amerika Syarikat, China dan Eropah merupakan tiga entiti yang besar di dunia dan telah mengalami perselisihan perdagangan dua hala yang serius pada masa ini.

Pihak akhbar itu berpendapat bahawa China telah mengambil tindakan tolak ansur. Amerika Syarikat seharusnya mengambil tindakan yang munasabah dan lebih fleksibel.