Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-06-03 16:51:19    
Batu Bersurat Peringatan Laksamana Cheng Ho di Sri Lanka

CRI
Di Dewan Tugu Batu Muzim Kebangsaan Sri Lanka yang terletak di pusat Bandar Kolombo, terdapat sebuah batu bersurat yang diukir gambar naga dan mempunyai corak kesenian China yang istimewa, itulah batu bersurat Laksamana Cheng Ho yang sangat terkenal. Batu bersurat itu tingginya 145 sentimeter, lebarnya 76 sentimeter dan tebalnya 13 sentimeter, terdapat dua gambar ukiran naga di atap batu tersebut, batu bersurat terukir bahasa Mandarin, Tamil dan Parsi.

Batu bersurat tiu ditemui di Galle, bandar pelabuhan di bahagian selatan Sri Lanka pada tahun 1911. Penemuan batu bersurat itu sangat mengkagumkan. Ini bukan sahaja membuktikan Laksamana Cheng Ho pernah banyak kali melawat Sri Lanka pada sebelum dan sesudah tahun 1409, tetapi juga menceritakan keadaan hubungan persahabatan China-Sri Lanka pada zaman itu.

Berdasarkan catatan China dan Sri Lanka, Laksamana Cheng Ho pernah sekurang-kurangnya dua kali melawat Sri Lanka. Walaupun kedua-dua lawatan itu menghadapi halangan dan konflik kecil pernah berlaku pada zaman itu, tetapi semua persengketaan telah diselesaikan pada akhirnya. Setelah itu, hubungan China-Sri Lanka semakin hari semakin erat. Batu bersurat tersebut dibuat agak-agaknya semasa Laksamana Cheng Ho kali kedua melawat Sri Lanka.

Batu bersurat itu menjadi bukti yang penting tentang sejarah pada zaman itu. Batu bersurat tersebut termaktab Laksamana Cheng Ho atas amanah maharaja Dinasti Ming China belayar ke Asia dan Afrika. Tarikh yang diukir pada batu bersurat tersebut ialah Febuari 1409. Batu bersurat itu yang ditegakkan untuk membuktikan pertukaran antara Sri Lanka dan China setelah kedua-dua negara menjalin hubungan persahabatan pada zaman itu.

Sarjana membuktikan bahawa ukiran bahasa Tamil dalam batu bersurat itu adalah untuk menyampaikan hormat atas agama Brahmanism yang diambil oleh orang Tamil di bahagian selatan India, bahasa Parsi pada batu bersurat adalah untuk menghormati agama Islam.

Terdapat 3 jenis bahasa dalam sebuah batu bersurat menunjukkan bahawa Laksamana Cheng Ho sangat menghormati rakyat di pelbagai negara dan agama yang diamalkan oleh mereka. Lawatan Laksamana Cheng Ho adalah untuk mengadakan pertukaran ekonomi dan kebudayaan dan tidak akan dijejaskan dengan agama. Boleh dikatakan bahawa batu bersurat Laksamana Cheng Ho telah menunjukkan dan melambangkan semangat perdamaian.

Ketua Pengarah Muzim Kebangsaan Sri Lanka menyatakan, Laksamana Cheng Ho belayar ke Asia dan Afrika menjadi peristiwa yang sangat penting dalam sejarah. Batu bersurat Laksamana Cheng Ho menandakan hubungan kerjasama yang sangat baik antara rakyat China dan Sri Lanka, khususnya hubungan perdagangan yang sama rata dan saling menguntungkan. Beliau menyatakan, pelayaran Laksamana Cheng Ho secara besar-besaran telah meningkatkan hubungan persahabatan antara rakyat China dan Sri Lanka.

----Andika