Menurut Agensi Berita Xinhua China, berdasarkan laporan terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan China, jumlah penjualan runcit barangan penggunaan China tahun ini akan meningkat 12.5% berbanding tahun lalu dan juga akan menduduki 40% dalam KDNK China.
Laporan tersebut menjangka jumlah penjualan kereta China pada tahun ini akan meningkat 15% berbanding tahun lalu, jumlah penjualan rumah akan meningkat 20%, trend perkembangan industeri makanan dan minuman baik.
Dalam laporan tersebut dinyatakan kalau China tidak mengalami bencana alam yang serius pada tahun ini, jumlah keluaran bahan makanan China berkemungkinan meningkat.
|