Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-06-06 13:50:10    
Industri Berkembang Maju di Bandar Chongqing China

Agensi Berita Xinhua China

Naib Datuk Bandar Chongqing Huang Qifan pernah mengumumkan nilai keluaran, nilai tambahan dan pendapatan industri bandar Chongqing telah meningkat dua kali ganda pada tahun 2004 berbanding tahun 2000.

Berdasarkan data-data itu, matlamat yang dikemukakan oleh kerajaan bandar itu berjaya dicapai 3 tahun lebih awal.

Sejak tahun 1996, industri di bandar Chongqing mengalami kerugian selama empat tahun berturut-turut. Pada tahun 1997, kerugian yang dialami perusahaan milik negara di bandar itu melebihi 60%, berjumlah 2.3 bilion Yuan RMB.

Selain itu, di bandar Chongqing, taraf industri teknologi tinggi dan nisbah ekonomi syarikat swastanya rendah; mekanisme urus niaga perusahaan mundur; jumlah penganggur meningkat dan sosioekonomi masyarakat pula rendah.

Chongqing merupakan pangkalan industri dan pengeluaran peralatan sains dan penyelidikan pertahanan penting di China. Bagaimana berkembang maju menjadi misi yang sukar dilaksanakan oleh kerajaan bandar itu.

Setelah bandar Chongqing menjadi bandar di bawah pentadbiran kerajaan pusat, pegawai kerajaan tempatan melaksanakan dua projek penting untuk menyusun semula struktur ekonomi di bandar itu.

Projek pertama ialah menggabungkan dan menutup beberapa perusahaan yang mengalami kerugian; menjadikan aset di beberapa perusahaan sebagai saham, membantu perusahaan tersebut mendapat keuntungan; meningkatkan taraf teknologi di beberapa perusahaan agar keupayaan inovasi dan perkembangan di perusahaan tersebut meningkat; meningkatkan taraf pengurusan di beberapa perusahaan, mempelajari pengalaman perusahaan maju di tempat lain; melaksanakan pembaharuan sistem di perusahaan kecil dan sederhana agar mekanisme urus niaga yang dijalankannya sesuai dengan persaingan pasaran yang dibentuk di perusahaan tersebut dan lain-lain.

Dan projek kedua ialah menyusun semula struktur sistem hak milik, menyediakan iklim persaingan yang sama rata kepada pelbagai komuniti ekonomi; menggalakkan perusahaan swasta dan perusahaan modal asing menyertai pembaharuan perusahaan milik Negara; menyusun semula struktur industri, meningkatkan perkembangan industri utama; menetapkan semula penggunaan sumber alam, menyempurnakan struktur aset; menggantikan teknik dan barang lama; membentuk sistem teknologi moden, membangunkan pangkalan industri teknologi tinggi; membentuk mekanisme pengoperasian ekonomi yang fleksibel iaitu membentuk sistem pengurusan ekonomi kawalan makro kerajaan yang sesuai dengan ekonomi pasaran dan mendorong pembentukan sistem perusahaan yang moden, menyempurnakan pengubahsuaian sistem saham dan lain-lain.

Pada tahun 2000, industri di bandar Chongqing berjaya memperoleh keuntungan. Selepas itu, industri di bandar itu terus berkembang dari setahun ke setahun. Pada masa ini, kadar hutang aset perusahaan di bandar Chongqing telah menurun daripada lebih 70% ke atas pada tahun 2000 kepada 50% sekarang.

Syarikat Aluminum Southwest Berhad di bandar Chongqing merupakan perusahaan pengolahan alumiunm paling besar di China yang hampir bankrap. Pada masa ini, syarikat itu berkembang dengan pesat. Ketua Pengurus Zhao Shiqing memberitahu wartawan, pendapatan syarikat itu mencatat 3.4 bilion Yuan RMB pada tahun 2004, meningkat 17.2% berbanding tahun 2003 dalam tempoh yang sama; jumlah eksportnya mencatat 67.05 juta Dolar Amerika, meningkat 59.53% berbanding tahun 2003 dalam tempoh yang sama.

----Ching