Pejabat Singapura Pertubuhan Hak Intelektual Sedunia telah dirasmikan di Singapura hari Selasa. Ini merupakan pejabat yang pertama Pertubuhan Hak Intelektual Sedunia di Asia.
Menurut laporan media Singapura, pejabat tersebut akan meningkatkan usaha melindungi hak intelektual melalui dua aspek, yang pertama, mendidik pengguna untuk menghormati hak intelektual, dan kedua, bekerjasama dengan kerajaan pelbagai negara di rantau ini.
Kerja utama yang akan dilaksanakan terlebih dahulu oleh pegawai pejabat tersebut adalah untuk melatih penimbang tara di rantau ini, dan menetapkan standard hak intelektual.
Difahamkan, sebahagian kos operasi pengurusan pejabat tersebut akan ditaja oleh kerajaan Singapura.
Dilaporkan lagi, Pertubuhan Hak Intelektual Sedunia telah memulakan kerjasama dengan Kemboja dan Myanmar dalam pelbagai aspek termasuk bantuan teknik dan khidmat nasihat dalam bidang hak intelektual.
|