Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-06-08 10:06:40    
Pasukan Polis Singapura- Australia Meterai MoU

CRI

Pasukan Polis Singapura dan Polis Persekutuan Australia hari Selasa telah memeterai memorandum persefahaman untuk memerangi jenayah transnasional serta meningkatkan kerjasama.

Media Singapura melaporkan, berdasarkan MoU tersebut, Singapura dan Australia akan meningkatkan kerjasama dalam antikeganasan, jenayah siber. Di samping itu, pasukan polis kedua-dua negara juga akan meningkatkan koordinasi dan kerjasama dalam pelbagai aspek termasuk pertukaran maklumat.

Pesuruhjaya Polis Singapura Khoo Boon Hui dan Ketua Polis Persekutuan Australia Michael Keelty masing-masing menandatangani MoU tersebut bagi pihak negara masing-masing.

Ini merupakan pertama kali Pasukan Polis Singapura memeterai MoU untuk tujuan itu dengan pasukan polis luar negara.