Menurut Agensi Berita Xinhua, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pertahanan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak semalam di Kuala Lumpur menyatakan, Malaysia bersedia mengadakan kerjasama dalam bidang keselamatan maritim di Selat Melaka dengan masyarakat antarabangsa dalam rangka dua prinsip.
Demikian dinyatakan oleh beliau kepada wartawan setelah menghadiri Sidang Tahunan Persatuan Pedagang dan Usahawan Malaysia ke-7. beliau menyatakan, kedua-dua prinsip tersebut ialah, pertama kerjasama keselamatan antarabangsa tidak boleh melanggar kedaulatan dan keutuhan wilayah Malaysia. Dan kedua, Malaysia, Indonesia dan Singapura harus memainkan peranan utama dalam usaha melindungi keselamatan di Selat Melaka.
|