Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-06-10 10:04:53    
Liu Jiren, Pengerusi Syarikat Kumpulan Dongruan Di China

CRI

Encik Liu Jiren, bekas pensyarah universiti telah menubuhkan syarikat perisian komputer di China pada tahun belasan tahun yang lalu untuk mendapatkan biaya kajian sains dan teknologi. Perusahaan itu pada masa ini bukan sahaja merupakan perusahaan pengeluaran perisian komputer yang terbesar di China, tetapi juga merupakan perusahaan yang awal menjalinkan kerajsama dengan syarikat angarabangsa dan menyenaraikan sahamnya di buasa saham.

Dr. Liu Jiren berumur 50 tahun, tubuh badannya tegap, tidak pernah mensia-siakan waktu dan ramah –tamah. Beliau graduan jurusan perisian komputer universiti China. Beliau merupakan sarjana doktor falsafah dalam bidang komputer gunaan pertama di China semasa berumur 32 tahun, selepas setahun kemudian, beliau menjadi tutor siswazah posca sarjana doktor salsafah. Beliau pada 17 tahun yang lalu telah menubuhkan syarikat perisian komputer Dongruan dengan modal sebanyak 30 ribu yuan Renminbi bersama-sama dua orang rakannya untuk mendapatkan biaya kajian sains. Beliau berkata saya berharap berpeluang meningkatkan teknologi dan memperkenalkan hak harta intelektual kami sendiri. Seandainya tanpa memiliki teknologi dan hak harta intelektual sendiri, kami akan menangani kos yang lebih tinggi dan terkenal dalam jangka masa yang panjang.

Dr, Liu Jiren menyediakan peluang perkembangan yang baru kepada syarikat Dongruan. Urusniaga perusahaan telekom China telah meningkat dengan cepat pada penghujung adab yang lalu. Chinaunicon, sebuah perusahaan telekom terbesar di China berkeupayaan mencari rakan dagang memasarkan perkhidmatan perisian di seluruh dunia untuk meningkatkan secara beterusan perusahaan internet mereka. Syarikat Dongruan telah berjaya dengan syarikat antarabangsa yang terkenal di dunia.

Kerjasama Syarikat Dongruan dan Chinaunicon berterusan sehingga sekarang. Syarikat Dongruan merupakan sebuah perusahaan perisian komputer yang mempunyai kakitangan seramai lebih 5 ribu orang dan nilai pengeluaran tahunannya melebihi 2 bilion yuan Renminbi.

Disamping membuka secara besar-besaran pasaran perisian komputer, Syrikat Dongruan pada 9 tahun yang lalu telah menumpukan perhatian menyediakan perisian komputer untuk perusahaan perubatan yang berasaskan teknologi digital yang masih bertaraf rendah di China, syarikat itu berusaha meneroka alat kajian CT yang mempunyai hak harta intelektual sendiri. Encik Zheng Quanlu berkata CT yang mempunyai taraf teknologi tinggi melibatkan teknologi perisian komputer dan teknik kejuteraan perubatan. Barang keluaran yang mempunyai teknologi yang tinggi itu pernah dimonopoli oleh Amerika Syarikat, Jerman di pasaran China.

Beliau berkata, sebelum itu China setiap tahun memperuntukkan ratusan juta dolar Amerika untuk mengimport alat kajian CT dari Amerika Syarikat, Jerman dan Jepun. Selain alat kajian CT, syarikat Dongruan juga berjaya mengkaji dan membuat 30 jenis alat perubatan dan dieksport ke negara-negara Eropah, Amerika Syarikat, Asia Tenggara dan lain-lain. Dr. Liu berkata pengetahuan merupakan perkara yang penting untuk mencapai kajayaan dalam persaingan. Taraf pengetahuan ini sukar diperoleh daripada buku teks dan tesis. Pengetahuan itu boleh diperoleh melalui usaha yang berterusan dalam jangka masa yang panjang dan dengan menyediakan peruntukan kewangan yang banyak untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan dapat menjadi daya saing kepada syarikat lain.

Dr. Liu berkata syarikat Dongruan telah menubuhkan Universiti Internet Dongruan untuk membimbing lebih banyak tenaga profesional untuk perubahaan perisian komputer di China.