Menteri Kewangan China akan Hadir Sidang Dialog Menteri Kewangan Kumpulan Lapan dan Empat Negara
Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua, atas undangan Setiausaha Kewangan Britain, Gordon Brown, Menteri Kewangan China, Jin Renqing akan menghadiri sidang dialog Menteri Kewangan Kumpulan Lapan dengan Menteri Kewangan empat negara iaitu China, India, Brazil dan Afrika Selatan yang akan diadakan di London pada Jumaat depan. Para peserta akan membincangkan masalah ekonomi dan pembangunan sejagat.
|
|