Sebagai sebuah negara membangun di rantau Asia, China tetap mengutamakan perkembangan hubungan dengan negara-negara jiran di Asia. Dasar luar "berakan baik dengan negara jiran" yang dilaksanakan oleh kerajaan China bertujuan untuk memelihara perdamaian dan kestabilan serantau, dan meningkatkan pertukaran dan kerjasama dengan negara-negara jiran, agar mewujudkan kejayaan bersama.
Kerajaan China telah menjalinkan hubungan yang erat dengan pelbagai negara Asia yang lain. Presiden China, Hu Jintao telah mengadakan lawatan rasmi ke Brunei Darussalam, Indonesia dan Pilipina pada bulan April lalu. Serentak itu, Perdana Menteri China, Wen Jiabao juga telah melawat Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka dan India.
China telah menjalinkan hubungan rakan strategi dengan pelbagai negara Asia. China menganggotai Perjanjian Kerjasama Persahabatan Asia Tenggara secara rasmi pada Oktober, 2003 dan menjadi negara pertama bukan negara anggota ASEAN yang menganggotai perjanjian tersebut. Ini menyediakan asas dari segi undang-undang untuk meningkatkan kepercayaan dan hubungan dua hala antara kedua-dua pihak.
Selain itu, hubungan perdagangan China dengan negara-negara Asia menjadi semakin erat, jumlah import-eksport China dengan negara-negara tersebut merupakan lebih 55% daripada jumlah keseluruhan perdagangan luar China. China mempunyai pasaran berpotensi terbesar di dunia dan perkembangannya akan menyediakan peluang kepada pertumbuhan negara-negara Asia. Jumlah import China yang besar telah membantu negara-negara yang menghadapi masalah kekurangan permintaan dalam negeri mengekport barangan negara tersebut ke pasaran China. Ini dianggap sebagai penjana utama pertumbuhan ekonomi Asia yang berterusan.
Jumlah perdagangan China-ASEAN juga mengekalkan pertumbuhan purata tahunan 20% semenjak tahun 1990 dan jumlah itu mencapai 105.9 bilion Dolar Amerika pada tahun lepas. ASEAN tetap merupakan rakan dagang kelima terbesar bagi China dalam tempoh 12 tahun lalu.
Usaha penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN telah dimulakan secara rasmi selepas "Perjanjian Rangka Kerjasama Ekonomi Menyeluruh China-ASEAN" ditandatangani oleh pemimpin China dan negara anggota ASEAN pada November 2002. Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN tersebut akan menjadi kawasan perdagangan ketiga terbesar selepas blok perdagangan negara-negara Amerika Utara dan Kesatuan Eropah.
Seiring peningkatan kerjasama dalam bidang diplomasi, perdagangan dan ekonomi, pertukaran antara China dengan negara-negara Asia pun telah dieratkan dalam bidang kebudayaan, sains, teknologi, kesihatan, sumber tenaga dan pendidikan telah ditingkatkan.