Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-06-09 10:43:52    
China Aktif Dorong Pembangunan Kawasan Barat

Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, Naib Ketua Pejabat Urusan Pembangunan Kawasan Barat Dewan Negara China Encik Wang Jinxiang semalam di bandar Xian, China menyatakan bahawa China sedang aktif mendorong pembangunan kawasan barat China.

Dalam pertemuan yang diadakan semalam, Wang Jinxiang berkata, kerajaan China sedang melaksanakan usaha menjayakan rancangan pembangunan utama di kawasan barat dan menubuhkan saluran menyediakan dana yang cukup dan lain-lain.

Beliau menyatakan sejak strategi pembangunan kawasan barat China dilaksanakan pada lima tahun lalu, kerajaan pusat dan tempatan China telah melaksanakan dasar keutamaan menyediakan dana, potongan cukai dan lain-lain untuk menggalakkan firma asing melabur di kawasan tersebut. Pegawai kerajaan provinsi-provinsi di kawasan barat China sangat mementingkan usaha memperbaiki iklim pelaburan.