Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-06-16 10:21:16    
Kenapa Pasukan Pingpong China Sentiasa Mencapai Kejayaan

CRI

Di China, pingpong dianggap sebagai "sukan kebangsaan" China. Jumlah peminat pingpong yang selalu mengambil bahagian dalam acara pingpong di China telah melebihi 10 juta orang. Pasukan pingpong China mengekalkan kedudukan teratas dalam acara itu di dunia selama 30 tahun.

Acara pingpong merupakan acara yang paling diminati di China dan juga merupakan acara yang pasukan China meraih pingat emas yang paling banyak dan berpengaruh paling besar di arena sukan antarabangsa. Sejak pasukan pingpong China meraih pingat emas pingpong acara lelaki pada tahun 1959, pasukan pingpong China telah meraih lebih 130 pingat emas dunia dan melahirkan ramai pemain pingpong terkenal di dunia seperti Rong Guotuan, Deng Yaping, Liu Guoliang, Kong Linghui dan lain-lain.

Dalam Semarai Johan Pingpong China yang diadakan pada Mei lepas, pakar China berpendapat kenapa China dapat mengekalkan kemenangan dalam acara pingpong sejak puluhan tahun yang lalu adalah kerana China mempunyai sistem pemilihan calon, mekanisme pertandingan profesional, asas rakyat yang kukuh, kumpulan pengkaji yang taraf tinggi serta pengalaman yang unggul. Pengurus Pasukan Pingpong China Huang Biao berkata, "Kini, seramai 30 ribu orang pemain muda yang sedang mengikuti latihan profesional di China, dan seramai hampir dua ribu pemain profesional dan pemain muda amatur disenaraikan dalam Persatuan Pingpong China. Seramai hampir 100 orang pemain profesional di China. Sistem latihan tersebut menjamin acara pingpong China sama seperti sukan bola keranjang di A.S. menjadi acara yang berprestij di dunia."

Memilih calon pemain yang unggul dan menyertai pasukan kebangsaan China merupakan langkah yang penting. Dalam pasukan kebangsaan China latihan profesional dan gigi merupakan faktor utama menjamin para pemain mencapai kejayaan. Jurulatih Pasukan Pingpong China Encik Lu Lin memaklumkan, "Di China, latihan para pemain pingpong sangat keras. Di samping melakukan latihan selama enam jam setiap hari mereka juga perlu berlari sepuluh ribu meter dan lain-lain supaya meningkatkan stamina para pemain dan meningkatkan semangat mereka. Dalam tempoh latihan juga diadakan pertandingan."

Di samping para pemain berlatih dengan bersungguh-sungguh, kumpulan pengkaji China juga memperhatikan trend perkembangan arena pingpong antarabangsa terkini, mengkaji cara bermain pemain luar negara, mengkaji pengaruh perubahan peraturan pertandingan daripada 21 mata kepada 11 mata dan saiz bola pingpong diubah daripada 40 sentimeter kepada 42 sentimeter supaya menajamin pemain pingpong China tidak ketinggalan dalam bidang teknikal. Ahli pengkajian pasukan pingpong China Encik Zhang Xiaopeng berkata, "Pada abad yang lalu, antara 46 teknik acara pingpong dan peralatannya yang diperkenalkan 27 telah dikemukakan oleh China. Bagaimana mengekalkan peluang yang baik memenangi pertandingan pingpong merupakan perkara penting dalam kajian dan latihan acara pingpong."

Walaupun China telah mencapai kejayaan besar pada masa dahulu, tetapi pasukan pingpong China menyedari bahawa taraf pasukan negara lain semakin meningkat, ini memerlukan pasukan pingpong China berusaha bersungguh-sungguh dan mengekalkan kedudukan teratas acara pingpong China di dunia.

----Nurhayati