|
Menurut berita CRI, Naib Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China Li Guixian hari ini di Beijing menyatakan, ekonomi China-A.S. harus mencapai Situasi menang-menang dalam kerjasama.
Demikian dinyatakan oleh beliau semasa menghadiri "Forum Ekonomi Pasaran Baru China-A.S." yang dirasmikan hari ini. Beliau menyatakan, A.S. merupakan negara maju terbesar di dunia, manakala China merupakan negara membangun terbesar di dunia, ekonomi kedua-dua pihak dapat saling melengkapi. Kerjasama dan untung bersama-sama China dan A.S. ialah kemustahakan perkembangan ekonomi dunia.
|